Friday 18 September 2009

~Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin~

Salam,
dalam kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
kepada semua pembaca blog aku cheewah.. aku nk mintak mmaf kalau ada salah silap, terkasar bahasa, termakan minum dan segalanya la...
moga raya tahun ini memberi kebahagiaan kepada sama..
kepada yang pulang ke kampung halaman tu berhati2 di jalan raya.. doakan keselamatan kami juga...
perancangan raya kami?
1. esok sebelum subuh Insyaallah, kami akan menuju ke Mc D Bandar Tun Hussein Onn untuk menikmati sahur di sana
2. kami akan meneruskan perjalanan balik ke Muar...
3. kami akan singgah ke hentian untuk menunaikan Solat Subuh.. dan meneruskan perjalanan
4. kami sampai ke Muo lebih kurang pukul 8 pagi..
5. aku akan memulakan aktiviti masak memasak bersama kuaga ku untuk hantar ke umah jiran tetangga dan adik beradik lain yg dekat2...
6. malam raya rasa xder apa.. cuma tgk ikhwan main mercun bawang kot..hehhehehe
7. pagi raya kena bangun awal.. sebab kami akan menyediakan sup tulang untuk para tamu nanti..
8. menyiapkan Ikhwan, abah Ikhwan nk pi surau n aku sendiri lmbtla sikit..
9.mengemas umah, sediakan kuih raya atas meja..
10.pas org semua balik dari solat sunat Aidilfitri, sessi bermaafan akan dijalankan n sesi pembahagian duit raya berlangsung sekali.
11. pi melawat kubur arwah abah n abang
12. tunggu tetamu datang...
13. tetamu dtg, kena sediakan air, n juadah di dapur.. smpila petang
14. klu sempat petang blh pi umah tok sedara..
15. raya kedua, bangun awal jgk.. sbb budaya umah aku pagi2 raya nie mmg siap2 masak nasi.. so tghari x yah nk susah2 masak.. pastu klu ada tamu dtg mak aku mesti mesti nk bg makan punya...
16. dh siap2 kami akan beraya umah adik beradik tiri.. ada lbh kurang 6 buah rumah.. tp biasa mmg smpi ke petang.. kalau sempat nk singgah umah azimah jap..
17. raya ketiga, pagi mcm biasa.. masak dulu.. pastu mungkin aku nk pi marhaban kt kampung jap, untuk kumpulan wanita..
pastu ingat nk pi beraya umah kawan2 lama...
18. raya keempat, kami akan bertolak balik Jengka.. kami kena mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk smpi ke Jengka...
19. semua aktitivi di Jengka x pasti lagi...
aku harap semua berjalan lancar... tapi kita hanya merancang Allah yang menentukannya...
okla... setakat nie je...
selamat hari raya semua...
wassalam

1 comments:

CatlinaFly said...

selamat hari raya & salam kenal..